Polisi Refund Workshop
Polisi ini terpakai kepada Pakej Lengkap RM297 untuk Workshop FCPO Teknik Set & Forget pada 28 November 2026, 9 pagi–5 petang waktu Malaysia, Live Zoom.
Jaminan bukti dan pengajaran
Kami buktikan. Atau refund penuh — jika bukti backtest 5 tahun atau ujian akaun sebenar 1 tahun tidak kami tunjukkan, atau Teknik Set & Forget tidak diajar dalam seminar.
Backtest merujuk ujian pada rekod harga pasaran bagi tempoh 5 tahun. Ujian akaun sebenar merujuk ujian selama 1 tahun dalam akaun dagangan sebenar milik WR Academy sendiri. Bukti penuh ditunjukkan semasa seminar untuk peserta nilai sendiri.
Cara membuat tuntutan
- Buat tuntutan kepada pengajar atau kru melalui saluran rasmi seminar pada penghujung seminar Live Zoom 28 November 2026.
- Nyatakan syarat jaminan yang tidak dipenuhi: bukti backtest 5 tahun, bukti ujian akaun sebenar 1 tahun atau pengajaran Teknik Set & Forget.
- Pasukan menyemak tuntutan berdasarkan rekod sesi live dan butiran pendaftaran.
- Jika tuntutan disahkan memenuhi syarat jaminan, bayaran pakej dipulangkan sepenuhnya melalui saluran bayaran asal. Tempoh pemprosesan tertakluk kepada pihak penyedia bayaran dan bank.
Skop jaminan
Jaminan ini meliputi bukti ujian dan pengajaran teknik. Ia tidak menjamin keuntungan atau menanggung kerugian dagangan. Kerugian akibat dagangan sendiri bukan pampasan di bawah jaminan ini.
Untuk pendidikan. Dagangan FCPO melibatkan risiko kerugian modal dan tiada jaminan keuntungan. Prestasi lalu dan data backtest tidak menjamin prestasi pada masa hadapan.
Saluran rasmi penganjur
Wealth Realisation Sdn. Bhd. · SSM 201701036664 / 1250835-H
B-1-03A, Fiesta Cybersquare, Jalan Teknorat 6, Cyber 5, 63000 Cyberjaya, Selangor, Malaysia
Emel: teamwrtrader@gmail.com
WhatsApp: +60 11-6838 1847
Polisi ini menerangkan jaminan workshop dan tidak mengetepikan hak yang wajib diberikan di bawah undang-undang yang terpakai.